Bab 9 bukan untukku

Aulia tewas dengan perasaan sendiri, cintanya hanya untuk suaminya. Segala kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan. Tak dia tidak marah jika suaminya mahu berkahwin lain. Tapi kenapa perlu secara senyap, kenapa perlu dengan kawan baiknya. Kenapa perlu berjanji kalau tidak mampu menunaikannya. Air matanya yang mengalir deras tak mampu merawat luka di hatinya. Dialah wanita paling bahagia apabila disahkan mengadung. Setelah bertahun menunggu dengan penuh kesabaran. Allah tunaikan satu satunya doa yang di pohon setiap kali solat. Di sangka suaminya akan menjadi lelaki terbahagia. Namun dia silap. Ya suaminya sudah pun bahagia bila kawan baiknya mengandung.

Tasya yang aku anggap seperti kakak ku sendiri, yang sentiasa berada di sampingku. Yang selalu meluahkan amarahnya pada suamiku. Bila aku khabarkan yang aku aku bakal berkahwin, dia melenting. Dapat aku lihat kemarahannya, mungkin kerana Tasya sentiasa menganggap hubungan aku dan suamiku tak akan ke mana namun aku salah dalam diam dia berharap dialah yang bakal berkahwin dengan suamiku. Sesungguhnya dia juga wanita seperti aku mencintai lelaki yang sama. Sebenci manapun Tasya, hatinya sentiasa menyayangi suamiku. Saat aku di rundung pilu, dia menjadi tempat meluah perasaan suamiku. Kalau suamiku tak melayan, mana mungkin terjadinya sebuah pernikahan. Pernikahan itu adalah ikatan suami dan isteri yang ikhlas mencari redha Allah. Pernikahan bukan satu permainan. 

Dunia ini bukan satu novel, kau dipaksa kahwin, kau terima tapi benci. Tidak! Berpijaklah di dunia yang nyata. Dunia yang di mana tidak ada kebahagiaan jika kita mulakan sesuatu dengan kebencian
Andai kata suamiku hanya berkahwin dengan niat untuk mendapatkan anak, Ya Allah kau ubahlah ia. Biarlah niatnya mengahwini seorang yang dicintainya, mempunyai anak yang bakal menjadi pewarisnya. Dan moga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Tak! Aku bukan seorang wanita yang sempurna. Aku tidak menolak poligami, namun aku tetap seorang wanita yang hanya mahu suaminya sentiasa untuk dirinya. Kita tetap manusia biasa yang tidak suka berkongsi. Perlulah kau mencari yang lain sedangkan yang sempurna sudah ada di depan mata. Perlukah kau mencari seseorang yang cantik di matamu sedangkan kau sudah ada bidadari di sampingmu selama ini. Tanya balik dirimu atas sebab apakah kau mahukan poligami itu dilansungkan. Hanya untuk nafsu semata atau kau sememangnya punya cinta yang utuh buat dirinya.

Bab 10 - Cinta Si Baju Merah

First time kak long tengok adik diam, kalau tidak adiklah paling bising. Ada ja benda yang nak dikongsikan”, di siku lengan Maisya.

“Mai tak perlulah nak control ayu depan saya, saya tak kisah pun kalau awak makan dengan gelojoh sekalipun”, senyuman Daniel mengetarkan hati Maisya.

You are not even that close to call me by that name”, tajam matanya memandang Daniel.

“Tapi kawan-kawan saya panggil awak dengan panggilan Mai juga. Kenapa saya tak boleh”, Daniel turut memandangnya.

Because they are my close friends, and who are you again. Let me recall. Yeah NO ONE!”, diletak pisau itu yang berada di tangannya, bimbang pisau itu akan meragut nyawa orang yang berada di hadapannya itu.

“Kalau awak tak kenal saya, awak tak akan follow saya kat twitter, tak akan usha saya dekat kampus haritu”, dia juga meletakkan garfu yang dipegang.

“Menyirap pula aku dengan kau ni. Kejap biar aku ambil handphone aku, aku unfollow kau sekarang! Done siap block lagi. Puas hati Tengku Daniel”, diletakan kembali handphonenya. Kepalanya mula berputar, apa yang dia lihat di hadapannya kabur sekali.

Dipandang adiknya “pucatnya muka adik, adik tak makan ubat ke tadi ha”, Janatul terus mengambil tisu untuk mengelap muka adiknya dengan air.

“Kak long, adik dah makan kan tadi, depan kak long adik makan. Cuma sekarang ni kepala adik sakit sangat. Stress lah layan mamat ni, adik nak balik. Adik call Ainun kejap lagi”, belum sempat dia bergerak meninggalkan meja, Maisya jatuh terkulai layu menyebabkan semua terkejut.

“Daniel! Cepat angkat maisya, bawa dia ke hospital sekarang juga”. Dia juga sama panik dengan Janatul tapi tangisan Janatul manambahkan bimbangnya.

Dia terus bergegas ke kaunter untuk membayar harga makanan dan kembali kepada tunangnya. “Sayang, dengar sini semua akan ok. Jangan terlalu risau, kita bawa dia pergi hospital. Doktor akan bantu dia, so you need to be calm, kalau sayang asyik menangis ja ia hanya akan mengusutkan lagi keadaan. So please berhenti menangis sekarang”. Dipegang janatul kuat .



Bab 9 - Cinta Si Baju Merah

“Kak long, mana mr bean kak long ni?”. Nyamuk ni pula tak habis-habis nak hisap darah aku. Tahulah aku ni darah manis tapi janganlah sampai habis darah aku kau nak hisap. Banyak lagi tahu tak manusia dekat sini.

“Adik sabarlah sikit, Zakirin cakap dia pergi ambil sepupu dia dulu. Handsome tau adik, bolehlah adik kenal dengan dia. Tak adalah adik jadi batu bila teman kak long dengan Zakirin keluar lagi lepasni”, di usap lembut bahu adiknya

“Kak long tak payah nak acah match maker la kak long, adik malas la nak fikir bab-bab bercinta ni. Cukuplah Kimi yang terakhir”, dipandang sepi kak long di sebelahnya

“Sampai bila adik nak hidup bersendirian ni, Kimi dah lama pergi adik, boleh tak adik dengar cakap Kak long. Move on adik, masih banyak lagi lelaki kat luar sana”, suara Janatul yang lembut namun ada tegasnya.

“Memang banyak lelaki kat luar sana, tapi tiada yang mampu menggantikan Kimi. Tidak selamanya kak long. Move on kak long, memang senang untuk di ucapkan tapi nak lakukan tu perlukan keberanian yang sangat tinggi. Kita tak boleh nak expect orang yang putus cinta terus move on, it takes a lot of steps kak long. It is not easy at all”. Maisya merenung ke telefon bimbitnya.

“Adik, kalau kak long tinggal adik dengan sepupu Zakirin tu pegi makan berdua. Adik marah tak”.

“Woah tak kelakar lah baru sekarang nak bagitahu nak kena tinggal dengan entah siapa sepupu Mr.Bean tu. So no, kalau kaklong berani tinggal adik. Adik sanggup call teksi balik rumah sekarang”, dia terus mendail nombor si Ainun sebelum sempat dirampas Janatul.

“Eh kak long guraulah. Jangan serius sangat boleh. Kak long bawa adik keluar ni sebab tak nak adik stress terperap dalam rumah tu”, di tarik tangan Maisya menuju ke arah Zakirin yang baru sampai.

“Kenapa serius sangat ni muka Maisya, Kak long buat apa dekat Maisya. Meh abang pukul kak long”, dia cuba menggembirakan Maisya yang di anggap seperti adik kandungnya sendiri.

“Eh abang melampau nampak, tak adalah sayang acah nak tinggal dia dengan Daniel ni. Terus dia mengamuk nak call si kawannya Ainun dating ambil dia”, di siku engan Maisya yang sedari tadi diam sahaja. 

“Ha Maisya, ni sepupu abang. Panggil je dia Daniel. Kalau tak salah dia satu Universiti dengan Maisya”. 

“Oh mamat baju merah ni sepupu abang ke. Lain betul perangai. Abang jenis yang setia, dia ni pula playboy terhangat dekat kampus. Abang yakin ke buaya tak handsome ni sepupu abang”, dipandang Zakirin dengan muka yang tiada perasaan.

“Eh sedap ja panggil orang playboy lah buaya lah, kalau saya tak handsome awak tak kan langgar rak buku tu tadi kan”, senyum sinis si Daniel

“kak long, kalau perempuan boleh kahwin empat. Kak long kahwinlah dengan buaya ni, jangan pernah terfikir pun nak jodohkan adik dengan dia. Adik tak ada masa nak melayan mamat gatal ni. Dan kalau adik boleh kahwin empat, dia tak akan tersenarai pun dalan calon suami adik”, terus Maisya berlalu masuk ke dalam kereta Zakirin

“Jujur saya cakap saya terluka dengan apa yang awak cakap, tapi saya tak kisah dengan pandangan awak. Saya akan ubah cara awak pandang saya lepas ni Maisya”, dia membisik ke telinga Maisya yang duduk di sebelahnya.

“Tak perlu ubah pandangan saya, ubah pandangan orang lain. Saya tak berminat nak berkenalan dengan awak pun”, dilemparkan pandangan ke luar tingkap

“Makin susah aku nak dapat kau, makin sayang aku dekat kau. Kenapa keras sangat hati kau nak terima aku. Mata tu tak pernah gembira melihatku, senyuman kau jarang aku lihat. Dari jauh aku selalu perhatikan kau, sepanjang dua tahun tempoh pengajian kita, kau sentiasa ada di hati aku. Dua tahun aku usaha, baru sekarang aku dapat rapat dengan kau, mustahil untuk aku menyerah kali begitu sahaja. Aku akan pastikan kau jadi milik aku”. Bisik hati kecil Daniel

Bab 8 - Cinta Si Baju Merah

“Hai Maisya”, tegur Daniel mengejutkan Maisya yang sedang berangan

“Eh hai baju merah, sorry saya nak minta diri sebab ada kelas lepas ni. Saya pergi dulu”. Malas nak bercakap panjang dengan mamat baju merah ni, dia terus mengemaskan bukunya dan bersedia untuk keluar dari library.

“Kejap lah, kita ni dah lah jarang jumpa. Kos lain nak jumpa pun susah”, ditarik tangan Maisya hingga rapat ke dirinya.

“Tengku Daniel Anuar, kita ni dekat library. Tolong hormat sikit orang yang datang sini sebab nak belajar bukan macam awak sibuk kejar perempuan. Sekarang tolong lepaskan tangan saya”, dia terus menjarakkan diri dari Daniel, sungguh tak selesa berada berdekatan Daniel.

“Awak free tak malam ni? Saya nak ajak awak pergi makan, saya belanja jangan risau”. Pandangan matanya tepat ke arah mata maisya.

“Terima kasih je lah Tengku, apa kata Tengku simpan je duit Tengku tu. Lagipun saya sendiri dah ada plan untuk malam ni. Jadi saya minta maaf. Saya dah lambat nak pergi kelas ni“. Terus di cepatkan dirinya berjalan keluar

Baru sahaja ingin keluar dia terlanggar salah satu rak buku di situ. “Apalah malang nasib aku harini, jumpa mamat baju merah tu lepastu langgar pula rak buku. Malunya aku Ya Allah”, di pegang tangannya yang terasa sakit akibat pelanggaran yang kuat di rak buku tadi.

“Haha, gelabah betul minah kolam ni. Nasiblah kau ni comel sayang, kalau kau kecil aku dah simpan dalam poket aku tahu tak. Aku akan pastikan kau jadi milik aku sayang”, dia terus berlalu pergi ke meja untuk sambung pembelajarannya yang terganggu seketika kerana terlihat Maisya yang sibuk berangan.