Bab 9 bukan untukku

Aulia tewas dengan perasaan sendiri, cintanya hanya untuk suaminya. Segala kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan. Tak dia tidak marah jika suaminya mahu berkahwin lain. Tapi kenapa perlu secara senyap, kenapa perlu dengan kawan baiknya. Kenapa perlu berjanji kalau tidak mampu menunaikannya. Air matanya yang mengalir deras tak mampu merawat luka di hatinya. Dialah wanita paling bahagia apabila disahkan mengadung. Setelah bertahun menunggu dengan penuh kesabaran. Allah tunaikan satu satunya doa yang di pohon setiap kali solat. Di sangka suaminya akan menjadi lelaki terbahagia. Namun dia silap. Ya suaminya sudah pun bahagia bila kawan baiknya mengandung.

Tasya yang aku anggap seperti kakak ku sendiri, yang sentiasa berada di sampingku. Yang selalu meluahkan amarahnya pada suamiku. Bila aku khabarkan yang aku aku bakal berkahwin, dia melenting. Dapat aku lihat kemarahannya, mungkin kerana Tasya sentiasa menganggap hubungan aku dan suamiku tak akan ke mana namun aku salah dalam diam dia berharap dialah yang bakal berkahwin dengan suamiku. Sesungguhnya dia juga wanita seperti aku mencintai lelaki yang sama. Sebenci manapun Tasya, hatinya sentiasa menyayangi suamiku. Saat aku di rundung pilu, dia menjadi tempat meluah perasaan suamiku. Kalau suamiku tak melayan, mana mungkin terjadinya sebuah pernikahan. Pernikahan itu adalah ikatan suami dan isteri yang ikhlas mencari redha Allah. Pernikahan bukan satu permainan. 

Dunia ini bukan satu novel, kau dipaksa kahwin, kau terima tapi benci. Tidak! Berpijaklah di dunia yang nyata. Dunia yang di mana tidak ada kebahagiaan jika kita mulakan sesuatu dengan kebencian
Andai kata suamiku hanya berkahwin dengan niat untuk mendapatkan anak, Ya Allah kau ubahlah ia. Biarlah niatnya mengahwini seorang yang dicintainya, mempunyai anak yang bakal menjadi pewarisnya. Dan moga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Tak! Aku bukan seorang wanita yang sempurna. Aku tidak menolak poligami, namun aku tetap seorang wanita yang hanya mahu suaminya sentiasa untuk dirinya. Kita tetap manusia biasa yang tidak suka berkongsi. Perlulah kau mencari yang lain sedangkan yang sempurna sudah ada di depan mata. Perlukah kau mencari seseorang yang cantik di matamu sedangkan kau sudah ada bidadari di sampingmu selama ini. Tanya balik dirimu atas sebab apakah kau mahukan poligami itu dilansungkan. Hanya untuk nafsu semata atau kau sememangnya punya cinta yang utuh buat dirinya.